Stadium Sultan Ibrahim Akan Dinaiktaraf Arkitek Antarabangsa
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menerusi satu hantaran di akaun media sosial Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim bakal dinaiktaraf arkitek terkemuka dari luar negara.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian-perjanjian yang akan menaikkan lagi standard Stadium Sultan Ibrahim.

“Kami kini sedang berbincang dengan syarikat arkitek terkemuka antarabangsa untuk meningkatkan dan menambah baik lagi Stadium Sultan Ibrahim ikonik yang telah diundi sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada 2020,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards.

Advertisements

Selain itu, satu cawangan Starbucks juga akan dibuka di Stadium Sultan Ibrahim bagi menambah variasi pilihan makanan dan minuman buat penyokong bola sepak.

“Kami juga telah mencapai persetujuan dengan Starbucks untuk membuka cawangan di ‘Home of the Southern Tigers’. Ini akan meningkatkan lagi pilihan makanan dan minuman di Stadium Sultan Ibrahim setelah Woodfire Burger dan KFC dibuka.

“JDT juga dalam proses untuk menyediakan galeri muzium di stadium untuk memperagakan kejayaan yang dicapai sepanjang 10 tahun sejak ditubuhkan pada 2013.”

Advertisements

JDT sebelum ini sentiasa menambah baik kemudahan sedia ada dari pusat latihan hinggalah Stadium Sultan Ibrahim yang dibuk secara rasmi pada 22 Februari 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram