Stadium Sultan Ibrahim ‘Masih’ Boleh Digunakan Untuk ACL
Liga Super
Advertisements

Sebelum ini timbul kerisauan bahawa stadium baru pasukan Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim tidak dapat digunakan untuk saingan Liga Juara-Juara Asia.

Hal ini berikutan status stadium ini yang masih belum disahkan status penggunaannya.

Walaubagaimanapun Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi laman Facebooknya menyatakan bahawa Stadium Sultan Ibrahim masih boleh digunakan untuk saingan Liga Juara-Juara Asia.

Advertisements

Walaubagaimanapun ianya bergantung pada proses pemeriksaan akhir oleh badan-badan pengelola bolasepak – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysian Football League (MFL) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 18 dan 19 Februari ini.

Pemeriksaan adalah untuk meluluskan penggunaan stadium baharu ini dalam pertandingan Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara AFC. JST juga menjelaskan kerja-kerja akhir untuk memenuhi keperluan teknikal juga hampir siap.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram