Stanley Bernard Tidak Mahu Perkara Buruk Yang Berlaku Kepadanya Terjadi Kepada KL City
Dunia
TV9 via VocketFC
Advertisements

Selesai menggapai kejuaraan Piala Malaysia, pemain dan pengurusan Kuala Lumpur City menjadi sasaran peminat bola sepak dan media di Malaysia dengan ucapan tahniah dan seribu satu persoalan.

Segala pujian yang diberikan tidak mengubah pendirian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard yang kekal merendah diri dan tidak mahu dibuai mimpi.

“Apa-apa perkara tidak baik yang berlaku kepada saya (sebagai pemain), saya cuba pastikan ianya tidak berlaku kepada KL City.”

Advertisements

“Saya ambil contoh, ada 2000 perkara yang kita nak buat, tapi ada 2 perkara saja yang boleh dilaksanakan.”

“Kita perlu fokus apa kepentingan seterusnya.” Jelas beliau kepada Nadi Arena.

Stanley turut tidak menyangka akan memperoleh kejuaraan Piala Malaysia sebagai seorang CEO.

Advertisements

“Sudah tentu (hal ini) perkara pertama saya fikirkan setelah tidak bermain bola sepak lagi, setelah doktor menjelaskan saya sudah tidak boleh bermain bola sepak, dengan tulang kering patah, saya akui saya tidak cukup bagus.”

Stanley turut menjelaskan pemilihan Bojan Hodak sebagai Ketua Jurulatih KL City berkait rapat dengan budaya dan karakter jurulatih dari Crotia tersebut.

Menurutnya seorang ketua jurulatih haruslah seorang ‘pengurus’ dan mempunyai kepakaran psikologi yang baik dan Bojan Hodak memiliki elemen tersebut.

Advertisements

“Berkaitan Kevin Mendoza, kamu akan memenangi kejuaraan dengan memiliki barisan pertahanan terbaik dan kamu akan memenangi satu perlawanan apabila memiliki penyerang yang bagus. Hari ini ianya telah terbukti.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram