Statistik terkini dua bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) terus menjadi perhatian.
Pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi dan import tengah Harimau Selatan, Juan Muniz telah disenaraikan dalam kelompok lima pemain yang paling banyak merekodkan Most Duels Won untuk Zon Timur.
Bagi kempen ACL 2023, Arif setakat ini berhasil mencatat 11 kali kemenangan perebutan bola (duels won) dan menjaringkan dua gol. Dua jaringan yang dicatat Arif adalah ketika JDT menewaskan Kawasaki Frontale, 4-2.
Import dari Sepanyol, Juan Muniz pula merekodkan sebanyak 10 kemenangan perebutan bola (duels won) dan berjaya meledak satu gol selepas dua penampilan di pentas ACL musim ini.
Selepas mengharungi dua perlawanan, Arif dan Muniz dilihat sebagai watak penting buat skuad kendalian Esteban Solari apabila mereka berdua kekal berada dalam kesebelasan utama JDT di saingan ACL.
JDT kini berada di tangga kedua dibelakang Kawasaki Frontale dan berkongsi mata bersama Ulsan Hyundai dalam saingan Kumpulan I.
Aksi seterusnya menyaksikan skuad Harimau Selatan akan menentang pasukan Perak di saingan Piala Malaysia 2023 sebelum kembali bersaing di pentas ACL berdepan Ulsan Hyundai pada 24 Oktober di Stadium Munsu.