Statistik Feroz Baharudin Kemudi Benteng JDT FC Menggerunkan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Statistik yang direkodkan oleh pertahanan muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin amat memberangsangkan sekaligus menjadi antara prospek terbaik di JDT musim ini.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan antara tunjang utama untuk mengemudi benteng pertahanan skuad Harimau Selatan musim ini sekaligus menyebabkan kehilangan Shane Lowry tidak dirasai.

Beliau mula mendapat tempat dalam skuad Harimau Selatan apabila menggantikan peranan Shane yang mengalami kecederaan jangka panjang pada musim lalu.

Advertisements

Anak jati Kota Tinggi, Johor ini bagaimanapun terus mendapat tempat di bawah kendalian Tano Solari apabila membentuk gandingan yang cukup ampuh bersama Jordi Amat musim ini.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Astro Arena, Feroz menjadi antara nadi utama di bahagian pertahanan JDT dengan gandingannya bersama Jordi Amat dilihat sukar digugat.

Feroz merekodkan 551 jumlah hantaran sepanjang musim ini dengan 75 daripadanya merupakan hantaran yang kepada ke final 3rd pasukan.

Advertisements

Beliau juga mencatatkan 5.24 progresif bola per minit manakala Jordi Amat merekodkan 6.51 per minit sekaligus menjadi nadi utama buat pasukan.

Jordi membuktikan kualitinya sebagai pemain berkelas dunia apabila mencatatkan 469.9 progresif bola daripada jumlah keseluruhan hantaran dengan Feroz juga mencatatkan 379. 6 daripada jumlah keseluruhan hantaran.

Impak luar biasa daripada duo ini menyebabkan mereka kekal menjadi pilihan utama JDT yang kini terus gah mencatat 13 kemenangan berturut-turut di Liga Super.

Advertisements

Perkembangan ini juga penting bagi memastikan Malaysia terus memiliki pelapis terbaik untuk mengemudi benteng pertahanan menjelang Piala Asia di Qatar awal tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram