Status Anuar Ceesay Bersama Negeri Sembilan Masih Sama
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan sah membawa masuk bekas bintang UM-Damansara United, Anuar Ceesay.

Perpindahan pemain penyerang berumur 24 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

“Negeri Sembilan FC dengan ini mengumumkan perpindahan Anuar Ceesay ke dalam pasukan #TheJangs dengan kontrak jangka panjang.”

“Pemain sayap berusia 23 tahun ini dilahirkan di Cardiff dan merupakan pemain kacukan Malaysia–England–Gambia yang menyertai NSFC dari UM-Damansara United.”

“Sebelum ini, Anuar turut pernah beraksi bersama Leatherhead FC, Badshot Lea FC dan Uxbridge FC, membawa bersama bakat serta potensi yang besar untuk terus dibentuk di peringkat lebih tinggi,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus, menjelaskan Anuar adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang kelab. Dengan pertalian darah Malaysia, beliau dianggap aset penting untuk masa depan pasukan.

Kini Anuar Ceesay masih berstatus pemain import, kelab sedang merangka strategi bagi baki musim ini supaya Anuar memperoleh lebih banyak minit permainan menjelang musim baharu.

“Anuar merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab. Beliau mempunyai pertalian darah Malaysia, dan ini satu perkara positif untuk masa depan pasukan.”

“Buat masa ini, Anuar masih berstatus pemain import dan pihak kelab turut mempertimbangkan perancangan berbeza bagi baki musim ini agar Anuar boleh mendapatkan lebih banyak minit permainan menjelang musim baharu kelak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus dalam satu kenyataan.

Status Anuar Ceesay bersama Negeri Sembilan adalah sama seperti ketika beliau beraksi bersama UM-Damansara United, iaitu sebagai pemain import.

Anuar Ceesay dijangka membuat penampilan sulungnya bersama Negeri Sembilan ketika menentang JDT di Stadium Abdul Rahman Paroi pada 9 Januari depan.