Status Sebenar Safawi Rasid Terjawab
MakanBola
Ratchaburi FC
Sponsors

Status sebenar pemain sayap Ratchaburi FC, Muhammad Safawi bin Rasid kini terjawab.

Beliau sebelum ini telah diterjah pada aksi Liga Thai 1 antara Ratchaburi dan Lamphun Warrior tempoh hari. Terjahan keras Mika Chununosee terhadap Safawi telah memaksa pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain Lamphun Warrior tersebut.

Ad

Hasrat Safawi Rasid untuk meneruskan perlawanan tak kesampaian apabila beliau terpaksa dibawa keluar ekoran kecederaan yang dialaminya.

Ad

Menerusi ciapan penulis MakanBola di Twitter, Faris Zukeiman menjelaskan bahawa Safawi Rasid bakal terlepas aksi Liga Thai seterusnya menentang Nongbua Pitchaya.

Pemain berusia 25 tahun itu ketika ini berada dalam keadaan yang baik dan tiada kecederaan serius yang dialami. Beliau hanya disarankan untuk berehat selama 10 hari.

Ad

Dalam pada itu, pemain Lamphun Warrior, Mika Chununosee tampil memohon maaf secara terbuka di Instagram. Beliau menulis di ruangan komen dan mendoakan yang terbaik untuk Safawi Rasid.

Ad

“Saya sudah bercakap kepada Safawi dan memohon maaf kedapanya. Beliau adalah seorang pemain yang hebat. Saya doakan beliau cepat sembuh!” ujar Mika Chununosee.