Status Selangor Ke Asia Tidak Tergugat
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Penyokong Selangor FC menghela nafas lega apabila mengetahui status penyertaan pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) masih selamat.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semalam.

Ad
Sponsors

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa status penyertaan Merah Kuning dalam ACL2 bakal tergugat.

Ad

Ini selepas Selangor memilih menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih atas alasan keselamatan.

Susulan itu, lawan Selangor untuk aksi berkenaan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) diisytihar pemenang Piala Sumbangsih dan meraih kemenangan percuma 3-0.

Ad

Tindakan tersebut turut menyebabkan Merah Kuning berpotensi menerima hukuman daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atas apa yang berlaku.

Ad

Windsor memberi jaminan status penyertaan Selangor dalam ACL2 masih selamat meskipun perlu berdepan hukuman daripada pengendali liga.

Ad

Ini kerana sebarang bentuk hukuman yang dijatuhkan sesebuah pengendali liga ke atas sesebuah pasukan hanya terpakai dalam konteks tempatan saja.

“Buat masa ini, untuk kita, dua wakil (Malaysia ke kejohanan kelab AFC) ialah JDT dan Selangor. Tetapi harus diingat, apa saja keputusan yang harus dibuat (MFL), daripada pengalaman kita di AFC, hanya diguna pakai dalam liga domestik.

“Sama ada pemotongan markah, denda atau apa saja (hukuman) yang dibuat (pengendali liga), itu hanya dibuat untuk liga tempatan,” katanya.

Selangor layak ke ACL2 selepas muncul naib juara Liga Super musim 2023. Satu lagi wakil negara ke Asia ialah JDT yang layak ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) atas status sebagai juara liga musim lepas.