Ads
Liga Super
MBI

Proses pembinaan stadium baru Selangor FC, Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal bermula tidak lama lagi.

Advertisements

Hal ini didedahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari selepas ditanya tentang perkara tersebut oleh kumpulan penyokong Selangor Power Sampai Kiamat.

Advertisements

Sebelum ini, ramai penyokong Merah Kuning tertanya-tanya tentang perkembangan terbaru projek tersebut.

Advertisements

Advertisements

Ini selepas proses perobohan Stadium Shah Alam dikatakan bakal dilakukan sama ada pada Oktober atau November lalu.

Bagaimanapun, Amirudin memberi jaminan proses tersebut sedang berjalan dengan plot tanah sudah diserahkan kepada syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI).

Advertisements

“Tanah dah serah ke MBI. Tunggu keputusan rasmi MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) sahaja,” katanya di X.

KSSA dilaporkan bakal diinspirasikan daripada stadium keramat Ajax Amsterdam, Johan Cruyff Arena di Amsterdam, Belanda.

Stadium tersebut bakal memiliki kapasiti sekitar 55,000 tempat duduk dan mempunyai padang yang boleh disimpan – ciri sama yang dimiliki Stadium Tottenham Hotspur di London, United Kingdom.

Advertisements

Kos pembinaan KSSA dijangka mencecah RM800 hingga 900 juta. Proses pembinaan stadium baru ini dijangka bermula pada tahun hadapan dengan sasaran dapat disiapkan pada tahun 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram