Amirudin Shari Jawab Tuduhan Melulu Kos Stadium Cecah RM3.2 Bilion
Komuniti
Bernama
Advertisements

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjawab fitnah yang sedang tular di media sosial berhubung kos pembinaan Stadium Shah Alam.

Baru-baru ini tersebar satu tangkap layar yang mendedahkan kos pembinaan Stadium Shah Alam mencecah hingga RM3.28 Billion. Amirudin tampil menepis dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai satu fitnah politik yang dilontarkan daripada pihak Perikatan Nasional.

Dalam satu ciapannya di Twitter, beliau menjelaskan angka RM3.28 Billion itu sebenarnya hanyalah cadangan daripada pihak pemaju. Kos pembinaan stadium baharu ini masih kekal antara RM800-900 juta seperti yang telah dimaklumkan tahun lalu.

Advertisements

“Mereka mengatakan kos pembinaan stadium mencecah RM3.2 bilion berdasarkan satu tangkap layar. Ini adalah SALAH! Kos pembinaan stadium baharu masih kekal di antara RM800-900 juta seperti yang saya umumkan pada tahun 2022.”

“Angka RM3.2 bilion tersebut merupakan cadangan pemaju bagi membangunkan keseluruhan 70 ekar kawasan sekeliling termasuk pembinaan hotel, teater tertutup, stesen bas dan pusat rekreasi belia.”

Advertisements

Amirudin dalam pada itu seakan kecewa dengan politik kotor yang dimainkan pihak lawan. Fitnah yang ditabur seperti ini seakan menjadi satu formula baru untuk menjatuhkan pihak lawan dan meraih simpati daripada pengundi.

“Perikatan Nasional tidak langsung menfokuskan kepada isu polisi dan dasar sebaliknya hanya hidup bergelumang fitnah. Insya-Allah dengan izin Allah mereka akan menerima balasan setimpal dengan kejahatan mereka ini pada 12 Ogos nanti,” tulis Amirudin.

Advertisements

Sebagai rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lima tahun lalu, Pakatan Harapan mendominasi 51 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sekaligus berjaya membentuk kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini, Sabtu 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri. Selangor dilihat antara negeri yang dijangka akan bersaing sengit antara pertembungan PH-BN dan Perikatan Nasional.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram