Komuniti

Aksi ‘Kaki Terbang’ Terjadi Di Liga MB Kelantan

Piala MB Kelantan TikTok Pikbum Aksi ‘Kaki Terbang’ Terjadi Di Liga MB Kelantan
TikTok/Pikbum

Saingan pusingan 32 Liga Menteri Besar Kelantan (Liga MB Kelantan) antara Panji Legacy dan Pasir Pekan dicemari dengan insiden seorang pemain menendang pemain lain.

Advertisement

Insiden itu dikongsikan penolong pengurus Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC), Afiq Amirul atau mesra disapa Pikbum di TikTok.

Klip video menunjukkan aksi Panji Legacy dan Pasir Pekan mula panas dengan pemain kedua-dua pasukan bertelagah di atas padang.

Seorang pemain Panji Legacy kemudiannya bertindak menendang pemain lawan. Susulan itu, pemain Pasir Pekan yang terkena tendangan tersebut kemudiannya dibawa ke hospital.

Insiden tersebut bukan penghalang buat Pasir Pekan mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 Liga MB Kelantan.

Susulan itu, Pikbum menasihati barisan pemain dan pengurusan Panji Legacy untuk mengambil insiden tersebut sebagai pengajaran. Ini bertujuan mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang.

Pikbum turut memaklumkan kedua-dua pasukan kini menunggu surat berhubung apa yang berlaku apabila ditanya tentang perkembangan terkini isu itu.

Beliau juga berharap isu insiden tersebut dapat diselesaikan dengan baik dengan mengambil kira masa depan dan kepentingan pemain yang terlibat.