Kerajaan Indonesia Berdepan Saman Berkaitan Jerebu
MakanBola
AFP

Kerajaan Indonesia kini berdepan tindakan saman susulan jerebu yang melanda beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Media Selangor melaporkan empat pihak telah mengemukakan saman di Pontianak, Kalimantan Barat pada September lalu dengan sesi pendengaran pertama kes dibuat pada 7 Oktober lalu.

10 figura dinamakan sebagai defendan dalam kes tersebut. Antara figura yang dinamakan dalam kes itu ialah Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Gabenor Kalimantan Barat.

Peguam plaintif, Glorio Sanen memaklumkan pendengaran pertama kes itu ialah langkah untuk menangani masalah kebakaran tahunan Indonesia.

Sebahagian besar kebakaran hutan dipersalahkan kepada kemusnahan hutan dan didorong tahun ini oleh episod fenomena cuaca El Nino yang sangat kuat sehingga menyebabkan kemarau.

Sejak beberapa minggu lalu, Indonesia berusaha mengawal kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Papua dan Kalimantan. Meskipun begitu, usaha itu tidak berhasil dengan jerebu melanda negara-negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.

Plaintif melihat kerajaan Indonesia melakukan kecuaian besar kerana gagal menangani isu berulang itu. Justeru, menerusi saman berkenaan, mereka mahu jerebu diisytiharkan sebagai bencana nasional dengan pelan pemulihan menyeluruh dilaksanakan.

Plaintif berharap saman yang dikemukakan mereka tidak ditolak oleh mahkamah. Sebelum ini, beberapa pihak mengemukakan saman serupa di Sumatera pada 2025 tetapi ditolak oleh mahkamah.