Ads
Dunia
AFC

Walaupun perlawanan Vietnam menentang Malaysia tempoh hari dimenangi oleh Vietnam, namun kontroversi yang dicipta oleh pengadil perlawanan, Ryuji Sato sememangnya menjadi isu perdebatan di kalangan pencinta bola sepak di Asia Tenggara.

Advertisements

Antara yang menonton perlawanan itu adalah bekas jurulatih Perak dan Kelantan, Steve Darby. Jurulatih berpengalaman berusia 67 tahun itu berjaya mengesan kesilapan yang dilakukan Ryuji Sato dan juga tiga kesalahan yang dilakukan pemain pertahanan kiri Vietnam, Doan Van Hau.

Advertisements

Pada pendapat Darby, Van Hau sepatutnya menjadi pemain yang disingkirkan daripada beraksi dalam perlawanan menentang Malaysia.

Advertisements

Advertisements

Soalan 1: Minit ke-16, Van Hau berusaha untuk melindungi penjaga gol Dang Van Lam, Van Hau menyiku pemain Malaysia Azam Azmi. Bagaimana anda menilai situasi ini?

Saya rasa Malaysia harus diberikan penalti dalam situasi ini, kerana Van Hau melakukan kesilapan bodoh. Saya katakan ianaya bodoh kerana Van Hau tidak perlu berbuat demikian, apabila penjaga gol mahu menangkap bola.

Advertisements

Lebih-lebih lagi apabila Van Hau sebenarnya sudah memandang pemain Malaysia itu (Azam Azmi) sebelum membuat sikuan. Pengadil jelas melakukan kesilapan dengan tidak memberikan penalti, malah penolong pengadil yang berdiri di berdekatan juga bersalah kerana tidak membaca situasi dengan baik.

Pengadil FIFA yang saya hubungi juga berkata situasi itu adalah penalti untuk Malaysia.

image 25 Steve Darby Kesan Tiga Kejahatan Doan Van Hau
Insiden Van Hau menyiku Azam Azmi. Kredit gambar: VnExpress.

Soalan 2: Pada minit ketiga separuh masa pertama, Van Hau mengangkat tangan sekali lagi untuk menyiku pertahanan tengah Sharul Nazeem dalam percubaan untuk melindungi bola. Bagaimana anda menilai situasi ini?

Dalam situasi ini, kita (penonton di televisyen) mempunyai kelebihan dengan video gerakan perlahan, tetapi pengadil tidak. Saya rasa pada mulanya Van Hau tersilap langkah apabila menghulurkan tangan menggunakan helah untuk menghalang pihak lawan (Sharul Nazeem) daripada menghampiri bola.

Kemudian, pemain Malaysia itu mengasari dari belakang Van Hau. Tetapi sudut TV menunjukkan keadaan lebih teruk. Pengadil mengalami kesukaran kerana sudut pandangan kurang baik dan situasi berlaku dengan pantas.

Pada pendapat saya, Van Hau menggunakan helah untuk mengelirukan pengadil. Sekali lagi pembantu pengadil tidak melakukan kerja yang baik kerana tidak mempunyai sudut pandangan yang lebih baik.

Insiden yang melibatkan Van Hau dan Sharul Nazeem. Kredit gambar: VnExpress.

Soalan 3: Bagaimana pula dengan penalti yang diberikan kepada Vietnam pada minit ke-59?

Saya rasa Van Hau melakukan kekasaran terlebih dahulu dan menolak Azam Azmi ke tepi papan iklan. Saya melihat kembali situasi gerak perlahan berkali-kali, namun tidak nampak pemain pertahanan Malaysia itu seolah-olah sengaja memijak Van Hau, tetapi mungkin hanya secara tidak sengaja.

Pengadil FIFA memberitahu saya bahawa kunci dalam situasi itu ialah bola masih dimainkan. Sekiranya bola keluar dari padang ketika itu, Malaysia tidak akan diberikan penalti. Tetapi bola masih di dalam padang, jadi penalti mungkin akan diberikan. Pengadil memutuskan demikian dan memberikan Azam Azmi layangan kad merah.

Secara peribadi, saya rasa Malaysia tidak layak menerima penalti kerana Van Hau melakukan kesilapan terlebih dahulu, dan Azam Azmi tidak sengaja memijak lawan. Jika saya menjadi jurulatih Malaysia, saya akan sangat kecewa. Pengadil melakukan dua kesilapan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Steve Darby melihat Doan Van Hau merupakan pemain yang sangat bijak ketika beraksi di atas padang. Helah yang dibuat acap kali dapat mempengaruhi keputusan pengadil.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Darby merasakan perlawanan Vietnam menentang Malaysia merupakan satu perlawanan yang baik namun beliau merasakan Vietnam perlu perbaiki dahulu permukaan padang Stadium Mydinh yang kurang baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram