Steven Gerrard Berdepan Detik Sukar Kendalikan Pemain Arab
Asia
MakanBola
Ettifaq
Advertisements

Legenda England, Steven Gerrard berdepan masalah selepas dilantik sebagai pengurus kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial, bekas kapten Liverpool itu berdepan kesukaran berkomunikasi dengan pemain-pemain Al-Ettifaq.

Advertisements

Gerrard bertanya sama ada mereka mahu merebut bola daripada beliau atau tidak. Malangnya, tiada siapa yang menjawab soalannya.

Ini menyebabkan bekas pengurus Glasgow Rangers itu merasa marah dan menyatakan tiada komunikasi antara mereka dengan beliau.

Advertisements

Video tersebut yang dimuatnaik beberapa jam lepas mengundang gelak ketawa dalam kalangan penyokong bola sepak.

Halangan bahasa yang berbeza perlu diatasi Gerrard sekiranya mahu mengukir nama dalam saingan Saudi Pro League.

Advertisements

Halangan sama juga perlu diatasi oleh pemain tengah England dan Liverpool, Jordan Henderson. Kapten Reds itu sudah bersetuju dengan tawaran kontrak yang dikemukakan The Commandos.

Advertisements

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Al-Ettifaq sedang merundingkan yuran perpindahan dengan Liverpool untuk merealisasikan perpindahan tersebut.

News Comments Account