Ads
Steven Gerrard Tagih Khidmat Pemain Warisan Malaysia Di Arab Saudi
Transfer
Al-Ettifaq

Legenda Liverpool, Steven Gerrard dikhabarkan bakal mendapatkan khidmat seorang pemain warisan Malaysia untuk kelab yang dilatihnya, Al-Ettifaq.

Advertisements

Pemain warisan negara yang dimaksudkan ialah kapten Glasgow Rangers, James Tavernier. Dan menurut laporan Daily Record, bek kanan berusia 32 tahun itu kini menjadi sasaran bos lamanya.

Advertisements

Tavernier menjadi sasaran utama Gerrard bagi menambah baik barisan pertahanan Al-Ettifaq untuk saingan Saudi Pro League (SPL) musim 2024/25.

Advertisements
Advertisements

Meskipun berjaya menamatkan kempen liga di tempat keenam, gawang The Commandos dibolosi 34 kali pada musim 2023/24.

Justeru, bekas pengurus Aston Villa itu melihat barisan pertahanan yang mantap penting jika Al-Ettifaq mahu memberi cabaran lebih hebat dalam SPL musim hadapan.

Advertisements

Tavernier bukan asing dengan corak permainan yang diterapkan Gerrard. Ini kerana beliau pernah beraksi di bawah bimbingan legenda Liverpool itu dari 2018 hingga 2021.

Tempoh tersebut menyaksikan Gers menjulang gelaran juara Scottish Premiership musim 2020/21 dengan Tavernier menggalas peranan sebagai kapten.

Selain bekas bek kanan Newcastle itu, Gerrard turut dilaporkan mahu mendapatkan rakan sepasukan Tavernier, Connor Goldson.

Advertisements

Sebarang perjanjian membabitkan kedua-dua pemain itu perlu dimuktamadkan sebelum kem pra-musim Al-Ettifaq yang bermula pada pertengahan Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram