Stuart Wark: Pemain Takut Disenaraihitamkan
Dunia
Sarawak United
Advertisements

Pemain Kesetsart FC, Stuart Wark berkongsi kekecewaan melihat isu tunggakan gaji yang terus membelenggu para pemain bola sepak di Malaysia.

Stuart dalam satu hantaran di IG Story telah meluahkan rasa terkilan dan sedih melihat rakan-rakan yang dianiaya oleh pasukan yang tidak melunaskan janji.

“Realiti pahit yang harus ditelan ramai pemain muda di Malaysia. Berbulan-bulan tanpa gaji namun mereka mempunyai keluarga yang harus ditanggung.”

Advertisements

“Jadi mereka terpaksa mencari pekerjaan lain untuk meneruskan hidup. Ramai yang telah berputus asa dan menamatkan karier sebagai pemain professional kerana kitaran ini tidak akan pernah berakhir.”

Bekas pemain Sarawak United itu juga menceritakan kisah silam beliau ketika beraksi di Liga Malaysia yang pada waktu itu turut menghadapi masalah yang sama. Pemain kacukan Scotland-Malaysia itu beranggapan kerana isu inilah bola sepak Malaysia sukar untuk maju dan membangun.

“Secara peribadi, saya pernah mengalami masalah gaji pada tahun 2018, 2019, 2021 dan 2022. Empat bulan tanpa bayaran. Ini bukan perkara baru, ia sudah lama dan sebelum saya datang ke Malaysia lagi.”

Advertisements

“Namun, hingga kini tiada apa yang dapat dilakukan. Bagaimanakah kita mengharapkan bola sepak Malaysia berkembang dan mampu bersaing dengan yang terbaik? Dan kita hingga hari ini masih tertanya-tanya mengapa Malaysia sebagai negara sukan tidak mampu pergi jauh?,” soal Stuart Wark.

Stuart dalam ciapannya di Twitter turut memberi maklum balas di ruangan komen jurnalis The Star, T Avineshwaran yang berkongsi tangkap layar IG Story miliknya. Menurut Stuart, para pemain ini tidak kehadapan dan lantang bersuara tentang isu ini kerana mereka takut disenaraihitamkan pasukan.

“Terima kasih kerana berkongsi. Sesuatu perlu dilakukan segera. Pemain diam kerana mereka takut disenaraihitam oleh kelab.”

Advertisements

“PFAM melakukan apa yang mereka mampu untuk membantu pemain, tetapi bantuan sebenar harus datang dari FIFA. Pemain tempatan tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi dan hingga kini mereka menderita teruk.”

Sejak 2015, Stuart telah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Malaysia. Beliau memulakan kariernya di Malaysia bersama JDT II dan berpindah randah ke pasukan Sabah, Felda United, Penang, PDRM, Terengganu dan kali terakhir adalah bersama Sarawak United pada musim lepas.

Kini pemain berusia 33 tahun itu memilih untuk berkelana di bumi Thailand dan beraksi dalam saingan Liga Thai 2 bersama pasukan Kesetsart FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram