Stuart Wilkin: Malaysia Perlu Bangkit Kerana Peluang Masih Ada
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin kekal optimis bahawa Malaysia masih berpeluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia sekali lagi tewas 2-0 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kini merekodkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan dalam kumpulan D.

Stuart Wilkin turut mengakui kemampuan pasukan Oman namun beliau percaya Harimau Malaya telah memberikan segalanya dalam perlawanan ini.

Advertisements

“Saya rasa sangat kecewa untuk kalah kali kedua. Kredit buat Oman mereka pasukan yang bagus dan tersusun.”

“Mereka tak bagi kami peluang tetapi ia amat mengecewakan.”

“Saya rasa banyak faktor atas kekalahan ini dan kekurangan minit permainan adalah sebahagian daripadanya tetapi kami telah bekerja keras sebagai satu pasukan.”

Advertisements

“Perlawanan seterusnya pasti sukar tetapi buat masa ini kita harus bangkit kerana peluang masih ada.”

“Kita menang dua perlawanan awal jadi kita harus mengharapkan perkara positif.” Ujar Stuart Wilkin.

Malaysia kekal dengan 6 mata dan kini berada ditangga ketiga dibelakang Kyrgyzstan dan Oman yang masing-masing mengumpul 9 mata setelah 4 perlawanan.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon masih mempunyai dua baki perlawanan bagi kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Kyrgyzstan dan juga Taiwan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram