Stuart Wilkin Sedia Bersaing Dengan Afiq Fazail
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin tidak merasa tercabar dengan kehadiran rakan seposisi dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Afiq Fazail dalam skuad Harimau Malaya.

Ini kerana kehadiran pemain berusia 29 tahun itu mencetuskan persaingan sihat dalam merebut posisi di bahagian tengah.

Tidak kira siapa yang dipilih untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan nanti, Stuart percaya komitmen tinggi akan ditunjukkan semua pemain sepanjang perlawanan.

Advertisements

Ini bagi memastikan Malaysia memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan tiga mata penuh.

“Ya, sudah tentu Afiq (Fazail) seorang pemain yang hebat. Kita semua tahu (keupayaannya) dan apa yang beliau telah capai selama bertahun-tahun untuk skuad kebangsaan Malaysia dan JDT.

“Sudah tentu saya fikir ia meningkatkan tahap persaingan dari segi pemain tengah. Terdapat enam pemain tengah yang berada dalam kem dan persaingannya amat sengit.

Advertisements

“Tapi saya rasa ia satu persaingan yang sihat. Kita sentiasa memberi dorongan antara satu sama lain setiap hari untuk memberi persembahan yang terbaik.

“Dan ya, kita memiliki keserasian untuk beraksi bersama-sama di atas padang,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Harimau Malaya bakal membuka kempen Kumpulan D dengan menentang The White Crowns pada 16 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram