Stuart Wilkin Teruja Tercalon Bersama Arif Aiman & Safawi Rasid
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin mengakui teruja apabila tercalon untuk Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.

Stuart menjadi sebahagian daripada tiga calon akhir untuk anugerah berkenaan. Beliau bakal bersaing dengan Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim (JDT)) dan Safawi Rasid (Terengganu FC).

Ad

Stuart mengakui ini satu penghormatan untuk tercalon sebagai tiga calon akhir Pemain Tengah Terbaik ABK 2024-2025.

Ad

Pada masa sama, beliau mengakui berdepan saingan hebat. Ini kerana Stuart melihat Arif dan Safawi sebagai pemain hebat di atas padang.

“Ini kali kedua saya tercalon dalam ABK. Saya gembira kerana tersenarai sekali lagi dan kali ini, berada dalam senarai tiga calon teratas dalam semua pemain tengah yang hebat di Liga Malaysia,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Saya gembira dengan pencapaian ini. Saya fikir kita ada ramai pemain tengah yang kuat dalam Liga Malaysia dan saya rasa istimewa bila dicalonkan untuk tiga calon teratas.

Ad

“Ini terutama dengan Arif dan Safawi di mana mereka pemain berkualiti tinggi. Ia sesuatu yang bagus di mana bakat kita diiktiraf bersama dengan pemain-pemain hebat ini.”

Ad

Stuart menampilkan prestasi hebat bersama Sabah sepanjang musim 2024/25. Beliau merekodkan 27 penampilan, enam gol dan enam bantuan gol dalam semua kejohanan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments