Isu yang tular semenjak beberapa hari lepas mengenai satu kenyataan daripada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris menyatakan baginda pernah membantu banyak pasukan Liga Super yang menghadapi masalah kewangan termasuklah Selangor FC.
Presiden Petaling Jaya City FC, Datuk Seri Subahan Kamal tampil memberi penjelasan bahawa Selangor FC pernah menerima bantuan kewangan daripada Tunku Ismail Idris sewaktu memegang tampuk kempimpinan FAS dahulu.
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu menghargai jasa yang telah diberikan semasa beliau memegang jawatan tersebut pada musim 2017 hingga 2018.
“Semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan baginda yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.
“Sekali lagi, di atas budi baginda kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,” kata Subahan kepada Bernama.
Subahan dalam pada itu memuji sikap Tunku Ismail Idris yang sentiasa membantu dan menjaga hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan yang lain walaupun hakikatnya itu bukanlah tanggungjawab baginda.