Advertising
Subkhiddin Percaya, Sunday Tidak Perlu Dihukum
MakanBola
Perak FC

Mutu pengadilan Liga Malaysia terus diuji dengan beberapa insiden yang melibatkan kekasaran pemain dan juga beberapa insiden lain yang menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh, tarian pemain Perak FC, Sunday Afolabi pada aksi menentang Kelantan FC tempoh hari.

Tarian yang dilakukan Sunday itu berjaya dirakam lensa kamera dan insiden itu berlaku pada minit ke-84 permainan. Selepas selesai memperagakan aksi tarian, Sunday jatuh dan berguling di atas padang apabila terlanggar pemain Kelantan FC, Latiff Suhaimi.

Namun begitu, Sunday tidak dilayangkan apa-apa kad kerana tarian tersebut dan bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh mempunyai pendapat tersendiri mengenai insiden itu selepas ditanya seorang pengguna Twitter.

Ad

Subkhiddin berpendapat bahawa tiada keperluan untuk menghukum Sunday dengan tindakan dispilin walaupun tindakan sebegitu tidak dialu-alukan di dalam sukan bola sepak.

Understanding football, being intelligent dalam menguruskan pemain adalah perlu untuk membolehkan mereka faham bahawa ‘kelakuan’ sedemikian tidak dialu-alukan didalam sukan bolasepak ditahap tertinggi. Saya tidak nampak keperluan untuk ‘berkeras’ dengan tindakan disiplin.

Ad
Ad

“Saya berpendapat lebih baik sekiranya pemain tersebut diberi teguran lebih awal untuk hentikan ‘tarian’ yang pada pandangannya tidak salah tetapi secara umumnya kelihatan keterlaluan dan boleh menimbulkan ‘masalah’.