Sudirman Cup: Kemarau 20 Tahun Malaysia Ke Atas Jepun Belum Berakhir
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Malaysia terus kempunan mengakhiri rekod buruk selama 20 tahun ke atas Jepun dalam saingan Sudirman Cup 2025.

Ini selepas kem negara tewas 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Xiamen. Jepun meraih kemenangan menerusi beregu wanita mereka, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.

Ad

Kemenangan ini bukan saja membantu Jepun layak ke suku akhir selaku juara kumpulan. Malah, ini membantu Negara Matahari Terbit itu mengekalkan rekod baik dengan Malaysia dalam Sudirman Cup.

Ad

Kali terakhir Malaysia berjaya mengalahkan Jepun dalam Sudirman Cup ialah 2005. Ini berdasarkan maklumat yang dikongsikan koresponden ShuttleHard, Craig Ansibin.

Skuad negara yang ketika itu diketuai Wong Choong Hann meraih kemenangan 3-1.

Ad

Perlawanan itu turut menyaksikan Choong Hann meraih mata dalam acara beregu campuran bersama Wong Pei Tty.

Ad

Perlawanan tersebut turut menyaksikan kemenangan Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki dan Koo Kien Keat-Chan Chong Ming (beregu lelaki).

Ad

Satu-satunya mata Jepun ketika itu diraih dalam acara perseorangan wanita menerusi Eriko Hirose. Hirose mengalahkan wakil negara ketika itu, Datin Wong Mew Choo.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments