Sudirman Cup: Malaysia Jumpa China Di Suku Akhir
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Kem Malaysia akan bertemu China di pusingan suku akhir Sudirman Cup 2025.

Pada aksi peringkat kumpulan yang bermula pada Isnin lalu, pasukan negara membuka kempen dengan langkah kanan apabila berjaya merekodkan kemenangan bersih 5-0 ke atas Perancis.

Ad

Momentum itu diteruskan menerusi satu lagi aksi cemerlang kem negara yang turun bertemu Australia dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan kemenangan 4-1 dilakar Malaysia.

Ad

Aksi terakhir kumpulan menentang Jepun jadi penentu nasib Malaysia di suku akhir dengan kemenangan akan membawa pasukan negara mara selaku juara kumpulan C dan begitulah sebaliknya.

Walau bagaimanapun, hasrat pasukan badminton Malaysia ini tidak kesampaian apabila tewas tipis 2-3 kepada Jepun dalam aksi yang mendebarkan untuk skuad negara muncul naib juara kumpulan C.

Ad

Sesi undian pasukan di peringkat suku akhir yang diadakan pada sebelah malam menyaksikan pasukan Malaysia telah dijadualkan bertemu China yang juga juara kumpulan A.

Ad

Saingan suku akhir Sudirman Cup akan berlangsung pada Jumaat, 2 Mei dengan aksi China vs Malaysia dijadualkan pada sesi pagi.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments