Sudirman Cup: Pengumuman Skuad Perancis Beri Kelebihan Kepada Malaysia
UltraSukan
FFBad
Sponsors

Barisan pemain yang dibawa Perancis untuk saingan Sudirman Cup 2025 dijangka memberi kelebihan kepada kem badminton Malaysia.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Persekutuan Badminton Perancis (FFBad) tentang barisan pemain yang akan dibawa ke Xiamen, China.

Ad

Perancis memilih untuk tidak memanggil jaguh-jaguh hebat seperti Alex Lanier, Thom Gicquel-Delphine Delrue dan Christo Popov-Toma Junior Popov.

Ad

Sebaliknya, mereka memanggil ramai pemain muda seperti Arnaud Merkle (perseorangan lelaki ke-56 dunia), Mael Cattoen-Lucas Renoir (beregu ke-68 dunia) dan Leonice Huet (perseorangan wanita ke-75 dunia).

Pengumuman ini dilihat bakal membantu persiapan kem negara menghadapi saingan Sudirman Cup 2025.

Ad

Ini kerana pencabar terdekat Malaysia dalam Kumpulan C ialah wakil Asia Timur, Jepun. Wakil Oceania, Australia melengkapkan senarai pasukan yang berentap dalam Kumpulan C.

Ad

Saingan Sudirman Cup 2025 bakal membuka tirainya di Xiamen pada 27 April ini.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments