Sukan SEA: Malaysia Pulang Awal, Tunduk Kepada Vietnam
Harimau Malaya
FA MALAYSIA
Advertisements

Hasrat Malaysia untuk mara ke separuh akhir kejohanan Sukan SEA 2023 musnah apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Vietnam.

Anak didik E. Elavarasan beraksi dengan cukup baik namun tampanan kurang kemas daripada pertahanan Selangor, Harith Haiqal menyebabkan Vietnam dihadiahkan sepakan penalti.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang muda Vietnam, Nguyen Van Tung untuk gol pertama perlawanan sebelum tandukannya meletakkan kedudukan selesa 2-0 masing-masing pada minit ke-7 dan 34.

Advertisements

Perjuangan skuad muda negara tidak terhenti di situ apabila perancang tengah negara, Aiman Afif membuatkan harapan Malaysia kembali menyinar untuk gol pertama negara.

Bersambung babak kedua, Malaysia jelas menjadi pasukan yang lebih dominan untuk memperoleh gol penyamaan.

Kehilangan dua tonggak negara, Safwan Mazlan dan juga Najmuddin Akmal jelas merentap aksi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan pemain negara pada babak kedua.

Advertisements

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat dengan tiada sebarang jaringan terhasil sepanjang baki 45 minit.

Malaysia dijadualkan bertemu dengan Singapura bagi aksi terakhir pasukan dalam kumpulan B.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram