Advertising
Sumareh & Afiq Fazail Lengkapkan Senarai 25 Pemain Malaysia Ke Kelayakan Piala Dunia
MakanBola
Azri/MakanBola

Malaysia membuat keputusan untuk memanggil beberapa muka baharu bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pertengahan November ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk kembali memanggil beberapa muka baharu ke dalam skuad.

Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon telah mengekalkan seramai 20 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Pestabola Merdeka 2023, Oktober lalu.

Ad

Namun begitu, terdapat lima pemain baharu yang kembali tersenarai kali ini ialah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, pemain pertahanan, Shahrul Saad dan Syahmi Safari dengan kemunculan semula pemain tengah, Afiq Fazail serta pemain sayap, Mohamadou Sumareh menjadi perhatian.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mengekalkan muka utama seperti Syihan Hazmi, Matthew Davies, Corbin Ong, Dion Cools dan Darren Lok dalam senarai pasukan.

Ad
Ad

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 16 November 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum terbang ke Taipei City bagi perlawanan kedua bertemu Chinese Taipei di tempat lawan pada Selasa, 21 November 2023.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Oman bertemu Chinese Taipei di Muscat pada 16 November 2023 dan Republik Kyrgyz menanti kunjungan Oman di Bishkek pada 21 November 2023.

@fariszukeiman

Sumareh jadi sandaran utama Harimau Malaya. 🔥 Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #HarimauMalaya #Sumareh #KelayakanPialaDunia #MalaysiavsKyrgyzstan

♬ DJ Hilang Kadang Ku Tak Tenang – Ritchy DTM