Advertising
Supachai Jaided Jaring Gol Dari Tengah Padang
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United

Peledak utama skuad kebangsaan Thailand, Supachai Jaided membuktikan dirinya semakin berbisa dalam Thai League 1 musim ini.

Supachai menggamatkan penyokong Buriram United di Chang Arena apabila melepaskan rembatan dari separuh padang yang menerjah gawang lawan mereka, Police Tero.

Pada ketika itu, Thunder Castle selesa mendahului The Silver Shield Dragons dengan keputusan 3-0 menerusi gol Kenny Dougall dan dua Guillherme Bissoli.

Ad

Penjaga gol Police Tero, Natthapat Makthuam menyangka telah berjaya menolak bola jauh daripada kotak penaltinya pada minit ke-46.

Ad

Malangnya, bola tersebut hanya sampai ke kaki Supachai sebelum melepaskan rembatan dari bahagian tengah padang ke arah gawang kosong yang ditinggalkan Natthapat.

Penjaga gol pelawat tidak dapat kembali dengan pantas ke gawangnya sekaligus membolehkan Buriram selesa mendahului 4-0.

Ad
Ad

Itu juga merupakan gol ke-11 Supachai dalam Thai League 1 musim ini mengikut data terbaru Transfermarkt.

Ad

Bissoli kemudiannya menambah dua lagi gol pada minit ke-48 dan 74 bagi memastikan Buriram mengalahkan Police Tero 6-2.

Sementara dua gol The Silver Shield Dragons pula disumbang Nattawut Munsuwan (minit ke-47) dan Ekkachai Samre (minit ke-68).

Gol itu menyaksikan Supachai mendapat markah 9.6 mata oleh Sofascore, 0.4 mata di belakang pemain terbaik perlawanan hari iaitu Bissoli dengan 10 mata.

Kemenangan ini membolehkan Thunder Castle memintas Port ke persada liga dengan 42 mata selepas 19 perlawanan.