UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu campuran utama negara, Goh Soon Huat & Shevon Lai berada dalam kelas tersendiri apabila mengesahkan kejuaraan Swiss Open 2024.

Advertisements

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di pentas final yang berlangsung pada awal pagi ini.

Pertemuan kedua-dua regu dianggap seimbang di mana kedua-duanya telah merekodkan satu kemenangan dalam dua perlawanan.

Advertisements

Sementara dari segi ranking, Tang Jie-Ee Wei memegang status sebagai regu campuran kesembilan dunia berbanding Soon Huat-Shevon (regu campuran ke-14 dunia).

Set pertama menyaksikan juara Orleans Masters 2023 itu meraih kelebihan awal dengan mendahului pada kedudukan 11-9.

Advertisements

Soon Huat-Shevon kemudiannya berjaya mengejar sebelum meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-16.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Tang Jie-Ee Wei pada set kedua membenarkan regu profesional negara itu mendahului pada kedudukan 11-2.

Advertisements

Meskipun juara Taipei Open 2023 itu berjaya merapatkan jurang mata, Soon Huat-Shevon kekal tenang sebelum menang dengan keputusan 21-13.

Kejayaan ini sekaligus mengakhiri penantian trofi regu ke-14 dunia itu selepas kali terakhir menggondol gelaran juara Singapore Open pada 2018.

Advertisements

Soon Huat-Shevon turut mencipta sejarah sebagai regu campuran pertama negara menggondol gelaran juara Swiss Open dalam tempoh 68 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram