Syafiq Ahmad: Junjung Kasih Tunku Ismail
MakanBola
KDAFC/JST
Sponsors

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih buat Pemilik Kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Tonggak berusia 30 tahun ini menghabiskan musim 2024-2025 bersama pasukan Kedah Darul Aman secara pinjaman dan telah merekodkan 2 jaringan dalam 13 penampilan.

Ad

Walau bagaimanapun, isu luar padang yang dihadapi Kedah melibatkan tunggakan gaji pemain telah mempengaruhi aksi Syafiq Ahmad di sana apabila tidak lagi bermain dalam 7 aksi terakhir.

Ad

Menerusi catatan di Instastory, Syafiq mengucapkan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail di atas kurniaan buat beliau meskipun dipinjamkan keluar dari JDT musim ini.

”Junjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail di atas kurniaan kepada saya walaupun status selaku pemain pinjaman,” tulis Syafiq Ahmad di Instastory.

Ad

“Terima kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail.”

Ad
Instastory Syafiq Ahmad Syafiq Ahmad: Junjung Kasih Tunku Ismail
Instagram: Syafiq Ahmad

Makluman terkini daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa Syafiq Ahmad akan kembali pulang ke pangkuan JDT namun dijangka akan dipinjamkan ke Terengganu.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments