Syamer Kutty: Keputusan Kim Pan-gon Buat Satu Malaysia Terkejut
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Pemain Penang FC yang juga tonggak skuad kebangsaan, Syamer Kutty merasakan keputusan Kim Pan-gon melepaskan jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya mengejutkan rakyat Malaysia.

Bagi Syamer, sosok Kim Pan-gon adalah seorang yang sangat baik dan telah membawa banyak kemenangan buat skuad kebangsaan.

Advertisements

“Kita tahu bagi semua orang, ini (perletakan jawatan Kim Pan-gon) adalah satu berita yang mengejutkan buat rakyat Malaysia.

“Kita tahu coach Kim adalah seorang jurulatih yang baik, berkualiti dan membawa banyak kemenangan dan peristiwa bersejarah untuk Malaysia. Tetapi itu adalah keputusan dia yang kita harus hormati,” jelas Syamer ketika ditemubual MakanBola.

Advertisements

Syamer merupakan salah seorang pemain yang sering dipanggil membarisi skuad kebangsaan di dalam era kejurulatihan Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya.

Dalam masa yang sama, Syamer berharap semua pihak dapat memberi peluang buat pengganti Pan-gon iaitu Pau Marti untuk memberikan sesuatu yang positif buat skuad kebangsaan.

Advertisements

Aksi Harimau Malaya di bawah kendalian Pau Marti dijangka akan dapat disaksikan pada kejohanan Pestabola Merdeka 2024, September depan dengan Malaysia akan bersaing dengan tiga lagi pasukan iaitu Tajikistan, Filipina dan Lubnan.

News Comments Account