Syamer Kutty tidak mahu kehilangan tempat di skuad kebangsaan meskipun kehadiran Natxo Insa dalam senarai pemain ke Piala Asia.
Beliau yang ditemui ketika sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, berkata ianya satu penghargaan untuk beliau bersama Natxo Insa yang lebih berpengalaman.
“Satu penghargaan untuk bermain bersama Natxo Insa dan saya sudah lama bermain bersamanya (di Johor Darul Ta’zim)”, tegas pemain berusia 25 tahun itu.
Tambah pemain kelahiran Pulau Pinang itu, beliau bersedia untuk bersaing secara sihat bersama Natxo Insa dan tidak mahu cepat mengalah.
“Namun, saya dipanggil ke kem kebangsaan bukan untuk berada di belakang dia”, tambah beliau lagi.
Syamer merupakan salah seorang tonggak tengah yang dipanggil Kim Pan Gon untuk membawa cabaran negara di Piala Asia januari hadapan.
Malaysia bakal membuka tirai kempen Piala Asia menentang Jordan dan kemudiannya berdepan Bahrain sebelum mengakhiri aksi peringkat kumpulan menentang Korea Selatan.