Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba mengharapkan sokongan padu penyokong menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Saingan Pestabola Merdeka 2024 mungkin berlangsung hambar. Ini disebabkan tindakan beberapa kumpulan Ultras termasuk Ultras Malaya yang mahu memboikot kejohanan berkenaan.

Advertisements

Tindakan ini dibuat bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu yang membelenggu arena bola sepak Malaysia. Ini termasuk isu peletakan jawatan Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad negara.

Advertisements

Advertisements

Syamer mengakui isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan. Pada masa sama, beliau memaklumkan Harimau Malaya akan tetap memberi persembahan terbaik bila berdepan Filipina.

Ini kerana itu bukan saja kunci untuk kembali memenangi hati penyokong. Malah, ini akan membakar semangat pemain untuk terus berjuang demi negara.

Advertisements

“Seperti saya katakan, perkara ini (boikot) kita tidak boleh kawal. Apa yang kita boleh kawal adalah bagi persembahan terbaik dan kemudian penyokong boleh datang seperti sebelum ini dan bersatu kembali.

“Kami bermain untuk penyokong dan sebab itu kami juga bekerja keras untuk penyokong. Apabila lihat mereka bersorak dan berjuang bersama kami di luar padang, itu menjadi satu tonik.

“Ia satu perkara menyedihkan sebab saya datang ke sini dan semangat saya adalah penyokong, tetapi apabila ini berlaku ia akan beri impak kepada pasukan. Tetapi kami tetap akan beri yang terbaik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang berlangsung pada 3 September lalu.

Malaysia bakal berdepan Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk aksi pertama Pestabola Merdeka. Satu lagi perlawanan menemukan juara bertahan, Tajikistan dengan wakil Asia Barat, Lubnan.

Advertisements

Malaysia memiliki sedikit kelebihan kerana Filipina tempang tanpa dua tonggak iaitu Zico Bailey dan John-Patrick Straus.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram