Syamsul Saad Tekad Kembalikan Zaman Kegemilangan Kelantan
MakanBola
Kelantan United FC
Sponsors

Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Syamsul Saad yakin bahawa sudah sampai waktu untuk pasukan KUFC membuktikan kebolehan mereka dan menjadi pasukan yang digeruni.

Syamsul menjelaskan bahawa beliau berimpian besar untuk mencatat kejayaan bersama pasukan Kelantan United FC. Beliau mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan Kelantan seperti suatu ketika dahulu.

Ad

 “Sebagai jurulatih sudah tentu saya mahu mencipta sesuatu kejayaan apabila diberi kepercayaan untuk melatih pasukan KUFC. Saya mahu tiupkan semula semangat juang yang tinggi kepada pemain-pemain dan kembalikan zaman kegemilangan Kelantan seperti suatu ketika dahulu sehingga digeruni pasukan lawan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ad

Bekas pemain Perak ini menganggap setiap sasaran yang diletakkan buat dirinya adalah sebagai satu cabaran. Tambah beliau, peruntukan dan dana yang sedikit bukanlah alasan untuk kegagalan pasukan malah beliau optimis menggunakan bakat-bakat muda yang sedia ada untuk perkuat pasukan.

“Sasaran itu tidak memberi tekanan sebaliknya ia sebagai cabaran kepada saya walaupun kami pasukan yang memperuntukkan bajet kecil untuk persiapan pemain. Saya akan menggunakan sepenuhnya tenaga pemain muda untuk mencapai sasaran ini,” kata Syamsul.

Ad

Ad