Syed Adney: Bilakah Semua Ini Akan Berakhir?
MakanBola
Kelantan FA
Sponsors

Bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein meluahkan kebimbangan tentang situasi beberapa pasukan Liga Super yang dibelenggu masalah tunggakan gaji.

Musim 2024/25 menyaksikan beberapa pasukan liga berdepan isu tunggakan gaji yang serius. Antara pasukan yang dibelenggu isu tersebut ialah Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ad

Pasukan itu kini diberi tempoh sehingga 30 April ini untuk melunaskan semua tunggakan gaji mereka berjumlah RM7 juta dari Disember 2024 jika ingin kekal dalam Liga Super.

Ad

Sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan selepas tarikh tersebut, status pasukan itu pada musim hadapan bakal diketahui.

Syed Adney cukup masak dengan isu tunggakan gaji kerana beliau pernah merasai pengalaman itu semasa bergelar pemain profesional.

Ad

Meskipun beliau kini menggalas peranan sebagai pakar bola sepak (pundit), isu tersebut dilihat seakan tiada kesudahannya.

Ad

“Sejak saya main bola sampai saya habis pun keaadaan yang sama,” katanya di ruang komen Instagram Astro Arena.

Ad

Syed Adney yang pernah mewakili Kelantan tertanya-tanya sama ada isu ini ada penyelesaian tuntas demi kebajikan semua pemain yang terkesan.

“Saya pun dulu sampai enam bulan tiada gaji. Bilalah semua ni akan berakhir. Takkan nak tunggu satu pasukan itu tolong semua,” tambahnya.

Selain Kelantan, beliau juga pernah mewakili Selangor FC, Sabah FC, ATM, Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Harini FT.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments