Syed Saddiq Disahkan Tak Tamatkan Larian
UltraSukan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Sponsors

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disahkan tidak menamatkan larian dalam satu acara di Desaru baru-baru ini.

Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu hantaran di media sosialnya memaparkan kejayaannya menamatkan larian di tempat ketiga dalam acara 113 Trialthlon Desaru 2024.

Ad

Walau bagaimanapun, timbul isu dalam kalangan peserta yang mempertikai keputusan yang dicapai oleh Syed Saddiq dengan mendakwa bahawa Ahli Parlimen Muar itu berada di belakangnya ketika acara berlangsung.

Ad

Oleh itu, Syed Saddiq lantas memuatnaik satu video di media sosialnya bagi menafikan apa yang berlaku dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Berdasarkan kemas kini di laman web, keputusan Triatlon Desaru 2024 hari ini memaparkan keputusan bagi larian yang dilakukan oleh Syed Saddiq telah dikategorikan sebagai Did Not Finish (DNF).

Ad

Selepas dikemas kini, tempat ketiga bagi acara ini telah diberikan kepada seorang lagi peserta iaitu Adam Syahmi dengan catatan masa yang diambil selama enam jam 44 minit.

Ad

Tidak lama selepas itu, Syed Saddiq sekali lagi memuatnaik satu video bagi meminta maaf di atas segala kesilapan yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Ad