Syed Saddiq Kemalangan, Langgar Pokok Tumbang Ketika Ironman
UltraSukan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Sponsors

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan ditimpa kemalangan setelah melanggar pokok tumbang ketia menyertai acara Ironman.

Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 12 tengahari ketika Syed Saddiq menunggang basikal dalam Ironman Malaysia yang kini sedang berlangsung di Langkawi.

Ad
Sponsors

Berita ini mula tular di media sosial tidak lama selepas itu dan orang ramai tertanya-tanya mengenai keadaan terkini Ahli Parlimen Muar tersebut.

Ad

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata pihak polis masih sedang menunggu laporan punca kejadian ini berlaku.

“Setakat ini, belum ada laporan bagaimana kemalangan berlaku dan sejauh mana tahap kecederaan dialami beliau,” kata beliau kepada Berita Harian.

Ad

“Cuma difahamkan Syed Saddiq masih dapat berkayuh menuju pusat pemeriksaan akhir sebelum beliau dipercayai terus beraksi untuk acara berikutnya iaitu larian,” ujarnya lagi.

Ad

Ironman Malaysia kini sedang berlangsung di Langkawi yang melibatkan sekitar 2,400 peserta yang perlu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km serta larian 42.2km.

Ad