Syihan Hazmi Bolos Dua Gol Dengan Cara Sama
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dibolosi dua jaringan dengan cara yang sama musim ini.

Pemain berusia 27 tahun itu mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sabah FC.

Ad
Sponsors

Skuad Harimau Selatan berjaya merakamkan kemenangan ke-5 musim ini sekaligus kekal di tangga teratas liga dengan 15 mata.

Ad

Pasukan lawan bagaimanapun kelihatan bergelut untuk mendapatkan jaringan sambil mengharapkan sepakan penalti untuk merapatkan kedudukan.

Sepakan yang disempurnakan oleh pertahanan tinggi lampai, Gabriel Peres pada minit ke-48 menewaskan penjaga gol berpengalaman itu.

Ad

JDT hanya bolos tiga jaringan daripada 5 perlawanan dengan dua daripadanya datang menerusi sepakan penalti.

Ad

Pada pertemuan menentang KL City, Paulo Josue berjaya menewaskan Syihan Hazmi dengan cara sama namun The City Boys tewas dengan keputusan 5-1.

Ad

JDT bakal bertemu Kedah Darul Aman bagi aksi Piala FA 2024 pada 19 Julai 2024 di Darul Aman.