Syihan Hazmi Jalani Latihan Intensif Sebelum Ke Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Syihan Hazmi kini dikesan menjalani latihan intensif sebelum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada 26 Disember ini.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu tampil komited melakukan latihan sendiri sebagai persediaan ke Piala Asia Qatar pada Januari tahun hadapan.

Ad

Kejohanan besar Piala Asia sememangnya menuntut para pemain agar lebih bersedia menghadapi cabaran hebat pasukan daripada rantau Asia.

Ad

Penjaga gol berketinggian 1.84 m itu jelas tidak mahu mudah selesa setelah mengharungi musim yang gemilang bersama JDT.

Musim pertama Syihan di JDT bermula cemerlang apabila pemain itu merekodkan 19 cleansheet dan hanya dibolosi sebanyak 7 kali dalam 24 penampilan liga.

Ad
@hitfat

Rileks gitu jer Syihan baling bola 8 kg… . . #hitfat #fyp #tiktok #strength #hitfatgo #hitfattraining #syihan #jdt #jdt🔵🔴 #jdtfamily #goalkeeper #explosivetraining #powertraining

Ad
♬ original sound – Hitfat – Hitfat

Malah Syihan melakar nama selaku penjaga gol meraih cleansheet terbanyak Liga Super 2023 meninggalkan Kalamullah Al-Hafiz ditangga kedua dengan 9 cleansheet.

Ad

Prestasi hebat Syihan turut kekal sewaktu menyarung jersi Harimau Malaya apabila beliau merekodkan 4 cleansheet dan dibolosi 15 kali dalam 12 perlawanan untuk tahun 2023.

Walaupun bertemu dengan pasukan lebih kuat seperti Syria, China, India, Tajikistan dan Kyrgyzstan, penjaga gol itu tetap memberikan aksi yang terbaik diatas padang.

Syihan Hazmi bakal mengisi peranan penjaga gol Malaysia bersama-sama dengan Sikh Izhan dan juga Azri Ghani untuk kejohanan Piala Asia di Qatar kelak.