Francais makanan segera Malaysia, Syukor Burger membuka satu lagi lembaran baharu apabila kini secara rasminya dilantik menjadi rakan rasmi bersama pasukan Kedah FC.
Francais terkenal milik usahawan muda berjaya, Syukor Majid ini sememangnya tidak asing lagi dalam arena makanan di Malaysia.
Bermula pada tahun 2020, syarikat ini pernah mencipta fenomena luar biasa ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sebelum ini apabila mencatatkan jualan l 1 juta biji pada Ogos 2021.
Menerusi satu pengumuman rasmi oleh usahawan ini, syarikat milikinya akan terus menjadi tulang belakang kepada pasikan Hijau Kuning bagi mengecapi kejayaan musim 2023.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab yang memberi peluang untuknya kali ini.
“Kedah FC melantik Syukor Burger menjadi rakan rasmi F&B musim 2023. Terima kasih Kedah FC.”
“Kalau ada Syukor di ladang,
Boleh Lisa menumpang mandi.
Kalau abang uko main kat padang,
Confirm Kedah juara musim ni,” ujarnya ringkas.

Kedah dilihat semakin giat melaksanakan pelbagai strategi dalam dan luar padang bagi memastikan kejayaan pasukan bagi tahun mendatang.