T. Saravanan: Kita Perlu Menang
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda KL City FC, T. Saravanan menyifatkan perlawanan terakhir Kumpulan H menentang Thailand sebagai perlawanan wajib menang buat skuad B-23 Malaysia.

Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menjamin kelayakan Harimau Muda ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara kumpulan.

Kedua-dua pasukan ketika ini mengumpul enam mata dengan masing-masing meraih kemenangan kedua ke atas Filipina dan Bangladesh. Bagaimanapun, Gajah Perang mendahului Kumpulan H kerana memiliki kelebihan dari segi jaringan.

Advertisements

“Perlawanan seterusnya (menentang Thailand) sudah pasti kita perlu menang, kutip tiga mata dan mara ke pusingan akhir,” katanya kepada media semalam.

Perlawanan ini bukan saja menentukan siapa yang bakal mara sebagai juara kumpulan. Malah, Harimau Muda melihat ini sebagai medan membalas dendam selepas dikecewakan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala AFF B-23 2023 pada Ogos lalu.

Advertisements

Malaysia bakal bersemuka dengan Thailand pada 12 September ini. 16 pasukan terbaik terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan, empat naib juara kumpulan terbaik dan tuan rumah Qatar layak beraksi di pentas Piala Asia B-23 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram