“Tak Ada Gaduh, Tak Ada Keinginan Jadi Juara”
UltraSukan
Sponsors

Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How menjelaskan bahawa pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah tidak mempunyai sebarang permasalahan antara satu sama lain.

Beliau mengesahkan bahawa tiada pertengkaran di antara mereka berdua (Pearly dan Thinaah), mereka hanya tiada kemahuan untuk menjadi juara.

Ad
Sponsors

“Takde gaduh, takde feel mahu champion,” ujarnya ketika ditemubual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

Jurulatih berusia 35 tahun itu juga tampil mempertahan anak buahnya dengan mengatakan perkara ini merupakan perkara yang biasa dalam sukan.

Ad

Berita ini sekaligus melegakan para peminat badminton tanah air apabila juara Terbuka Perancis 2022 itu dilihat berperilaku dingin ketika turun menentang pasangan Korea Selatan di China Masters 2023 minggu lalu.

Ad

Gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan telah mengharumkan nama negara dengan pelbagai kejayaan dan merupakan prospek sukan badminton negara untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024.