“Tak Ada Pingat Tak Boleh Balik”
UltraSukan
MSN Malaysia
Sponsors

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berikrar untuk membawa balik pingat Sukan Olimpik buat Malaysia.

Perkara ini diluahkan oleh Aaron sendiri ketika ditemu bual sebaik sahaja menyingkirkan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi suku akhir pada Khamis.

Ad
Sponsors

Meskipun tewas 13-21 di set pertama, beregu negara tidak mudah melatah dan kekal fokus bagi merampas set kedua sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan 21-16 di set penentuan.

Ad

Menurut Soh Wooi Yik, mereka sedar dengan tekanan yang diberi oleh lawan dan persiapan rapi telah dilakukan sebelum ini dan gembira berjaya mengatasi aksi ini.

“Kita sudah tahu yang mereka akan beri tekanan pada tiga pukulan pertama, kita pun dah bersiap sedia dan akhirnya kita dapat rentak bagi pecahkan dominasi lawan,” ujar Soh Wooi Yi kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.

Ad

Shahrazad Sani sempat meninggalkan persoalan apakah yang akan berlaku sekiranya mereka berdua tidak berjaya mendapatkan pingat? Aaron lantas menjawab mereka tidak boleh balik.

Ad

”Kalau tak ada pingat tak boleh?” tanya Shahrazad Sani.

Ad

”Tak boleh balik,” sahut Aaron sambil berseloroh di sisi Soh Wooi Yik

”Hai Malaysia, teruskan menyokong kami,” pesan Wooi Yik di pengakhiran video.

Aaron-Wooi Yik akan meneruskan misi besar negara untuk menggondol pingat emas pertama dengan beregu utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang bakal menjadi penghalang sekali lagi.

Pertemuan menarik di peringkat separuh akhir ini akan berlangsung pada Jumaat, 2 Ogos pada jam 7.00 malam di gelanggang 2.