Advertisement
Taktik Mudah Oman Berkesan Lawan Malaysia
Asia
MakanBola
Oman FA

Jurulatih Oman, Jaroslv Silhavy percaya taktik mudah yang diberikan kepada anak buahnya untuk menewaskan pasukan Malaysia berkesan.

Keyakinan itu disuarakan jurulatih Repbulik Czech menerusi sidang media selepas perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman pagi tadi.

Silhavy menjelaskan perancangan yang dibuat sebelum ini adalah menggunakan corak permainan yang sesuai berdepan dengan pihak lawan.

Meskipun mendahului dengan keputusan agregat 2-0, beliau enggan memandang rendah terhadap semangat yang dipamerkan Harimau Malaya.

“Kami mempunyai satu lagi perlawanan dalam beberapa hari, dan kami akan berada di sana. Ia bukan mudah untuk menjamin kemenangan, tetapi dengan usaha dan ketekunan pasukan akan mencapainya.”

“Kami menggunakan taktik yang sesuai dengan lawan, dan pemain melaksanakan 70% gol. Taktik itu mudah dan semua orang menonton perlawanan dan kagum dengan pencapaian itu,” ujarnya.

Ketika ini, Oman mengungguli carta dengan enam mata, berkongsi mata bersama Kyrgyzstan (2) manakala Malaysia (3). Kedudukan ini hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Oman akan bertemu semula menentang Malaysia pada aksi timbal balik bagi saingan peringkat kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aksi tersebut akan berlangsung pada Selasa, 26 Mac 2024 jam 10 malam.