“Taktikal Dah Jadi, Pemain Perlu Lebih Tenang” – Mukhairi Ajmal
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kapten skuad Malaysia B-23, Mukhairi Ajmal percaya rakan sepasukannya semakin memahami taktikal yang ingin diterapkan oleh Juan Torres Garrido.

Malaysia berjaya menewaskan China hasil jaringan tunggal pertahanan kental, Harith Haiqal pada minit terakhir perlawanan.

“Alhamdulillah setakat ini saya lihat semua pemain bersemangat walaupun cuaca sejuk. Kita dapat sesuaikan diri dengan cuaca disini.”

Advertisements

“Syukur kami jaringkan gol minit akhir. Ini kemenangan pertama kita dalam aksi persahabatan disini dan saya harap semua pemain kekal fokus untuk perlawanan seterusnya.”

“Bagi saya taktikal sudah menjadi cuma kita perlu lebih tenang dengan bola dan saya harap kita dapat lebih tenang untuk sesuaikan diri dengan bola.” ujar Mukhairi.

Pemain tengah ini kekal optimis dengan percaturan ketua jurulatih baharu dan mahu rakan sepasukan tampil lebih cemerlang untuk aksi kedua menentang China nanti.

Advertisements

Aksi penjaga gol, Azim Al Amin turut mencuri tumpuan ramai apabila beberapa kali penyelamatan beliau berjaya menidakkan gol buat pasukan China.

Malaysia B-23 kini berada di Shanghai dengan cabaran cuaca sejuk serta beraksi digelanggang lawan untuk dua perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Piala Asia B-23 tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram