“Taktikal Jurulatih Baru Malaysia Mudah Difahami” – Harith Haiqal
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Kapten skuad bawah 23 tahun negara, Harith Haiqal menyifatkan taktikal yang digunakan oleh barisan kejurulatihan mudah untuk diadaptasi oleh pasukan ketika dua aksi persahabatan menentang China.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan berpuas hati dengan kemasukan ketua jurulatih, Juan Torres Garrido dan pembantu jurulatih, Shukor Adan yang banyak mengubah corak permainan pasukan.

Advertisements

”Sejujurnya saya berpuas hati sebab kalau kita nak bandingkan dengan pasukan sebelum ini, dengan kemasukan jurulatih Juan (Torres Garrido) dan jurulatih Shukor (Adan) saya rasa corak permainan banyak berubah, lebih selesa, lebih serasi dan lebih faham taktikal yang diterapkan kali ini”, komen beliau selepas tamat perlawanan menentang China.

Diminta mengulas mengenai bahagian yang perlu ditambahbaik, beliau mengakui bahagian pertahanan agak sedikit goyah dan jika ditambahbaik pasti pasukan akan lebih baik di masa akan datang.

”Sudah tentu di bahagian pertahanan, sememangnya nampak sedikit goyah walaupun saya bermain, saya pun (bermain) sedikit goyah, saya rasa jika kita dapat tambahbaik sedikit di bahagian pertahanan, In Shaa Allah pasukan akan lebih baik di masa depan.

Pemain Selangor FC itu juga berkata, keyakinan merupakan kunci utama yang perlu ditekankan agar pasukan tidak takut menghadapi sebarang lawan.

Advertisements

“Sudah tentu, bagi saya kita kena yakin dengan setiap perlawanan yang kita hadapi, tak kisah kita lawan sesiapapun, kalau kita tak yakin, sebelum main lebih baik kita mengaku kalah awal sahaja”, tegas pemain berusia 21 tahun itu.

Advertisements

Pada aksi persahabatan kedua tersebut menyaksikan skuad muda negara kecundang 2-1 di tangan China dengan gol Malaysia dijaringkan oleh Aliff Izwan Yuslan.

Dua aksi persahabatan yang dijalankan di Shanghai ini merupakan salah satu persiapan buat skuad bimbingan Juan Torres Garrido bagi menghadapi Piala Asia bawah 23 tahun pada April nanti.

Advertisements

News Comments Account