Takumi Sasaki Impi Beraksi Di Pentas ACLE
MakanBola
Negeri Sembilan FC
Sponsors

Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki memasang impian beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Selepas menyertai Sang Rusa untuk musim 2024/25, nama Sasaki pantas menjadi pilihan dalam kesebelasan utama pasukan itu.

Ad

Ini terbukti apabila beliau merekodkan 27 penampilan, satu gol dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan musim ini.

Ad

Hal ini mendorong pengurusan Negeri Sembilan memperbaharui kontrak beliau selama semusim lagi. Ini bermakna kontrak Sasaki akan tamat pada 31 Mei 2026.

Meskipun begitu, bekas pemain Ehime FC itu teringin beraksi di pentas ACLE. Ini beraksi di pentas bola sepak tertinggi di Asia itu merupakan satu impian buat dirinya.

Ad

“Bermain dalam kejohanan ACLE adalah impian saya, namun impian tersebut hanya akan difikirkan selepas musim depan.

Ad

“Fokus saya buat masa ini adalah bermain untuk Negeri Sembilan dan membantu pasukan NSFC menjadi lebih kuat,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Ad

Bisa Sasaki dijangka ditagih pengendali Negeri Sembilan, K. Nanthakumar untuk memburu kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 13 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments