fbpx

Tammy Abraham ‘Merajuk’ Buat Pengurusan Chelsea Pening Kepala

497 views

Penyerang akademi Chelsea, Tammy Abraham dikhabarkan tidak berminat untuk menandatangani kontrak baru dengan pasukan London berkenaan.

Pemain berumur 23 tahun kelahiran Kota London ini mempamerkan aksi bertenaga ketika bersama Frank Lampard musim lalu dengan menjaringkan 15 gol dan membantu Chelsea layak ke Liga Juara-Juara UEFA.

Walaubagaimanapun musim ini Abraham hanya beraksi sebanyak 12 kali dan lebih parah Abraham kelihatan seperti di sisihkan oleh pengendali baru Chelsea, Thomas Tuchel.

Aksi buruk Timo Werner musim ini menyaksikan Chelsea berusaha untuk mendapatkan Erling Haaland dan dipercayai hal ini menyebabkan Abraham ‘merajuk’ dan ingin pergi seperti yang dilaporkan oleh The Athletic.

Abraham mempunyai baki kontrak sebanyak 2 tahun dan Chelsea dilaporkan ingin menganjak kontrak beliau untuk mendapatkan dana tambahan dengan nilai Abraham yang semakin meningkat.

Di bawah kendalian Tuchel, Abraham dikeluarkan 2 kali pada separuh masa permainan dan Tuchel dipercayai mempunyai keraguan terhadap kemampuan Abraham.

Dengan kemasukan Haaland dan aksi Giroud yang semakin meningkat, Abraham semakin tersisih dari perancangan pengendali baru Chelsea.

Kongsikan Berita Gembira Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sedang #trending

You May Also Like