Tampines Rovers Berwajah Baru, Jalin Kerjasama Dengan BG Pathum
Asia Tenggara
Tampines Rovers FC
Advertisements

Kelab Singapura, Tampines Rovers tampil dengan nama baru selepas menjalin kerjasama dengan kelab Thai League 1, BG Pathum United.

Kerjasama ini diumumkan kedua-dua pasukan dalam satu majlis yang diadakan di Singapore Recreation Club hari ini.

Pemeteraian kerjasama ini turut disaksikan Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia dan Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga, Eric Chua.

Advertisements

Menerusi kerjasama yang dimeterai untuk tempoh tiga tahun, kedua-dua kelab bekerjasama untuk semua aspek baik dalam mahupun luar padang.

Antara aspek kerjasama yang bakal diteroka The Rabbits dan The Stags ialah pemasaran, sains sukan, teknologi bola sepak terkini dan inisiatif penjenamaan bersama.

Kerjasama BG Pathum dan Tampines Rovers bakal dilicinkan lagi dengan perlantikan pegawai kelab Thailand itu dalam struktur pengurusan mereka.

Advertisements

Rovers bukan saja berpeluang memanfaatkan semua kemudahan pusat latihan The Rabbits untuk aktiviti pra-musim. Malah, kedua-dua kelab bakal menyaksikan perpindahan pemain sesama mereka.

Sebagai tanda kerjasama antara kedua-dua pasukan, Rovers turut mengumumkan nama baru mereka iaitu BG Tampines Rovers.

Justeru, BG Tampines Rovers berharap kerjasama ini bukan saja membuka lembaran baru dalam sejarah kelab berkenaan. Malah, ini secara tidak langsung membantu memajukan lagi bola sepak Singapura ke tahap seterusnya.

Advertisements

Kerjasama ini bakal memberi suntikan moral kepada The Stags bila beraksi dalam saingan Singapore Cup esok. Mereka akan turun menentang Young Lions dalam aksi pertama Kumpulan A.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram