Spekulasi mengenai masa depan Tan Cheng Hoe untuk menggantikan peranan Kim Pan-gon telah dijawab oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Skuad kendalian Pau Marti bakal turun beraksi di Pestabola Merdeka dan Hamidin memberi ruang buat pengendali Sepanyol itu membawa pasukan sehingga akhir 2024.
Beliau bagaimanapun berjanji kepada penyokong Harimau Malaya untuk membawa pengganti lebih baik berbanding Kim Pan-gon.
“Janji saya kepada penyokong Harimau Malaya adalah untuk mencari pengganti yang lebih baik berbanding Kim Pan-gon.
Bukan itu sahaja, Hamidin turut merakamkan penghargaan kepada bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe yang telah membantu peningkatan besar ranking FIFA negara.
“Kita perlu mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada Tan Cheng Hoe. Sejak saya menjadi Presiden pada tahun 2018, ketika itu ranking Mac 2018 adalah 178 dunia di bawah Cheng Hoe.
“Habis Piala AFF adalah pada Januari 2022, ranking turun kepada 154 dunia. Kim Pan-gon pula membawa Malaysia dari tangga tersebut ke-134 dunia.
“Kim Pan-gon bantu perbaiki 20 ranking FIFA manakala Cheng Hoe 24. Jadi, kedua-duanya berjasa buat Malaysia.
Ketika ditanya mengenai peluang bekas jurulatih Selangor itu kembali bersama skuad negara, Hamidin menafikan perkara tersebut.
“Oh tidaklah (kembalinya Cheng Hoe). Nama beliau sudah terpahat dalam sejarah Harimau Malaya. Kita harus terus memandang ke depan,” ujar Hamidin ketika ditemui di Wisma FAM.
Malaysia akan memulakan langkah dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 menentang Filipina pada 4 September 2024.