Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin terkilan dengan keputusan Kim Pan-gon.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memutuskan untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya selepas hampir dua tahun 6 bulan mengemudi pasukan.

Advertisements

Hamidin sempat merakamkan ucapan penghargaan tertinggi kepada Pan-gon sepanjang perkhidmatannya.

Advertisements
Advertisements

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pan Gon kerana sepanjang dua setengah tahun beliau bersama kita.

“Ranking Harimau Malaya telah meningkat baik dan Malaysia berjaya layak ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun. Sumbangan besar beliau tidak akan kita lupakan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun sedikit terkilan kerana keputusan tersebut dibuat secara mengejut.

“Cuma saya sedikit terkilan kerana beliau sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan skuad Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.

“Tapi jurulatih datang dan pergi. Itu hakikat yang perlu kita terima. Jadi kini walaupun Harimau Malaya tanpa Pan Gon, saya tetap mengharapkan agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan padu kepada Pau Marti dan skuad Harimau Malaya bermula dari Pestabola Merdeka 2024 pada September ini.

Hamidin percaya bahawa Pau Marti mampu menjalankan tugas dengan baik untuk mengemudi skuad kebangsaan.

“Saya yakin dan percaya bahawa Pau Marti dan barisan kejurulatihan sedia ada termasuk E. Elavarasan akan meneruskan kesinambungan dan legasi yang ditinggalkan oleh Pan Gon bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya selepas ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan oleh FAM.

Kim Pan gon Malaysia 12 Hamidin Terkilan Dengan Kim Pan-gon
Azri/MakanBola
Advertisements

Ujian sulung Pau Marti adalah untuk mengemudi Malaysia bagi aksi Pestabola Merdeka 2024, September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram